Akademi Fantasia (musim 9)
Akademi Fantasia (musim 9)

Akademi Fantasia (musim 9)

Akademi Fantasia Musim 9 adalah merupakan musim kesembilan dan yang terakhir bagi siri Akademi Fantasia. Bagaimanapun pada tahun 2013 pihak Astro telah mengumumkan bahawa siri ini bakal kembali dengan format yang baharu dan yang lebih segar.Juara musim kesembilan dan yang terakhir kali ini dimenangi oleh Hazama Ahmad Azmi yang berusia 28 tahun yang berasal dari Perak sekaligus Hazama diumumkan sebagai juara yang ketiga berasal dari Perak selepas kemenangan Ahmad Zahid Baharuddin (musim kedua) dan Ahmad Shahir Zawawi (musim kelapan).